Bihun sup 'lejen' kak kiah ini memang unik.
Ia resepi istimewa mak (Zakiah Hashim).
.
Sejak tahun 1998, resepi ini menjadi menu WAJIB hari raya seiring dengan menu UTAMA yakni LAKSA PENANG.
.
Mak akan susah hati kalau tak buat bihun sup kuah merah, sebab banyak permintaan daripada adik-beradik, sanak-saudara.
.
Dan seperti biasa, pagi hari raya, antara tugas kaktiny adalah --- > racik isi ayam. Hihihi.
************
Resepi Bihun Sup Kuah Merah Mak KakTiny
Bahan-bahannya:
-1 paket Mee Hoon (rendam dan celur).
-1 ekor ayam (dibelah 4 sepatutnya – kalau
nk belah kecik pon takper, tapi ayam ni kisah sebenarnya, nanti diracik amik
isi jer.. sbb tu potong ebsar, senang nk racik isi).
- 8 senduk masak cili kisar (terpulang nak
pedas atau tidak, kalau nak pedas letak lebih, taknak kalu letak kurang.. tapi
kalau kurang sgt nanti dh tak kick rasa dia).
- 5 biji bawang
besar
- 5 ulas bawang
merah (mayang).
- * Bahan tumis
(kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
- 4 ketul kiub
ayam.
- kicap manis –
kicap merah cap kipas udang (mak tiny
kata jgn guna kicap lain.. wah tetiba dia promote kicap
nih.. kehkehkeh).
- garam.
- minyak masak
(dlm 2 senduk masak, sbb nk bg pecah minyak kan..).
- daun sup.
- taugeh
- fish cake.
- air.
- bawang goreng.
Cara membuatnya.
1) Blend bawang
besar dengan cili kisar.
2) Panaskan
minyak. Tumis bawang merah dan * bahan tumis.
3) Masukkan bahan
blend tadi. Masukkan kiub ayam.
4) Terus masukkan
ayam jugak.
5) Biarkan sampai
pecah minyak – kena kerap kacau
jugak la takut ayam dan cili tu melekat kt periuk plak.
6) Dh nampak
minyak dh naik, cili pon dh sebati dan merah cantik, ayam pon dh empuk,
masukkan air (agak2 la nk kuah banyak mana).
7) Masukkan kicap
manis – pon agak2 la. (cap kipas udang merah tau.. resipi tok guru kata mcm ni! Hahaha)
8) Masukkan 2-3
tangkai daun sup (jgn potong, simpul jer).
9) Masukkan
garam. Biar mendidih.
10) Rasa masin,
pedas, manis bagi seimbang.. then dh mendidih, ayam pon dh empuk, buleh
padamkan api.
11) Celur mee hoon dan taugeh.
12) Fish cake potong kecik2 (utk tabur).
13) Daun sup (yang lain tau, bukan yg dlm
sup tu), potong utk di tabur.
14) Bawang goreng – utk ditabur.
15) Ambil ayam dalam sup tu, dan racik2.
16) Sedia dihidang dan dimakan dengan sambal kicap.
Cara buat sambal kicap.
Ambil seketul bawang putih, bakar.
Blend kering bersama segenggam cili padi.
Sudah blend, keluarkan dan masukkan secubit garam,
campur bersama sesudu gula dan kicap kipas udang (merah).
.
SIAP UNTUK DIMAKAN.
.
Boleh cuba, boleh sebarkan, boleh ajarkan kepada orang lain.
.
Salam takzim,
KakTiny
No comments:
Post a Comment