Sunday, February 21, 2016

R002- Spageti Carbonara KakTiny Style

Bismillah.

Hidangan spageti carbonara ini antara menu yang paling kaktiny suka buat.
Antara sebabnya adalah mak kaktiny suka dan mak kaktiny tak pandai buat.
Hahaha.
.
Bukan  apa, selalunya masakan mak adalah yang terbaik, dan pastinya menu mak adalah menu paling sedap dan tiada tandingannya seantario dunia.
.
Tapi, bab western segala bagai ni, memang tak ada dalam 'kamu resepi' mak.
Seronok bukan kepalang bila mak suka makan dan request berkali-kali.
Bangga ooooo.... hahaha.
.
Menu ni juga menjadi 'trade mark' kaktiny bila nak jamu makan kat kengkawan baru... hahaha.



Spageti Carbonara.

Bahan-bahannya:-
(anggaran untuk 3-4 orang)
.
1/3 daripada sebungkus spageti

Kuahnya.

-2 tin mushroom carbonara Campbell (dlm tin - pembalut biru.. beli kat kedai jer.)
-setengah paket minced meet (daging tau, jgn ayam - ayam tak best)
- sotong dan udang (ikut suka la nk banyak mana pun)
- daun celery - di potong dadu (kalau nak, kalau xdak pon takpa.. kalau ada lagi best sbb dia rapuh..)
- frankfurter cheese (potong bulat-bulat... kalau takde pon takpe.. atau ganti dgn apa2 sosej).
- bawang besar - dipotong dadu mcm celery.
- minyak masak / butter
- daun sup (potong kecik – utk ditabur)

Caranya.

Untuk spagethi tu - rebus air dengan garam dan minyak - biar sampai mendidih pastu  baru masukkan spageti.. biar sampai lembut - jgn biar sampai lembik pula.. dh agak lembut, toskan..

Bahan untuk kuahnya:

- panaskan butter / minyak masak.
- tumis bawang besar yg dipotong dadu tadi.
- biarkan sampai kuning skit.
- masukkan minced meet yg dh ditoskan tadi, kacau sampai nampak masak skit.
- masukkan sotong ngan udang.
- kacau sampai sotong dan udang pun nampak masak.
- masukkan mashroom carbonara tu. Masukkan frankfurter tu.
- kacau, kalau nampak pekat sangat, masukkan air sikit (bergantung kepada air minced meet ngan sotong ngan udang tadi – takyah masukkan air pon takpa.. sbb air daging dh banyak).
- rasa... masukkan garam kalau perlu (tapi dia dh cukup masin tuh..)
- bila kuah dh mendidih, masukkan daun celery dan taburkan daun sup.

pastu.. ambil spageti tadi... tuang kuahnya ke atas spageti itu.. 

DAH SIAP.. senang sangat weih..
kan kan kan... hihihi... 


Kalau tak ada spageti, jangan risau, boleh juga cuba dengan fettucini, angel hair, macaroni dan sebagainya... 


Boleh cuba, boleh sebarkan, boleh ajarkan kepada orang lain.
.

Salam takzim,
KakTiny



R001- Bihun Sup Kuah Merah Mak KakTiny

Bismillah.

Bihun sup 'lejen' kak kiah ini memang unik.
Ia resepi istimewa mak (Zakiah Hashim).
.
Sejak tahun 1998, resepi ini menjadi menu WAJIB hari raya seiring dengan menu UTAMA yakni LAKSA PENANG.
.
Mak akan susah hati kalau tak buat bihun sup kuah merah, sebab banyak permintaan daripada adik-beradik, sanak-saudara.
.
Dan seperti biasa, pagi hari raya, antara tugas kaktiny adalah --- > racik isi ayam. Hihihi.

************


Resepi Bihun Sup Kuah Merah Mak KakTiny

Bahan-bahannya:

-1 paket Mee Hoon (rendam dan celur).
-1 ekor ayam (dibelah 4 sepatutnya – kalau nk belah kecik pon takper, tapi ayam ni kisah sebenarnya, nanti diracik amik isi jer.. sbb tu potong ebsar, senang nk racik isi).
- 8 senduk masak cili kisar (terpulang nak pedas atau tidak, kalau nak pedas letak lebih, taknak kalu letak kurang.. tapi kalau kurang sgt nanti dh tak kick rasa dia).
- 5 biji bawang besar
- 5 ulas bawang merah (mayang).
- * Bahan tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
- 4 ketul kiub ayam.
- kicap manis – kicap merah cap kipas udang (mak tiny kata jgn guna kicap lain.. wah tetiba dia promote kicap nih.. kehkehkeh).
- garam.
- minyak masak (dlm 2 senduk masak, sbb nk bg pecah minyak kan..).
- daun sup.
- taugeh
- fish cake.
- air.
- bawang goreng.

Cara membuatnya.

1) Blend bawang besar dengan cili kisar.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan * bahan tumis.
3) Masukkan bahan blend tadi. Masukkan kiub ayam.
4) Terus masukkan ayam jugak.
5) Biarkan sampai pecah minyak – kena kerap kacau jugak la takut ayam dan cili tu melekat kt periuk plak.
6) Dh nampak minyak dh naik, cili pon dh sebati dan merah cantik, ayam pon dh empuk, masukkan air (agak2 la nk kuah banyak mana).
7) Masukkan kicap manis – pon agak2 la. (cap kipas udang merah tau.. resipi tok guru kata mcm ni! Hahaha)
8) Masukkan 2-3 tangkai daun sup (jgn potong, simpul jer).
9) Masukkan garam. Biar mendidih.
10) Rasa masin, pedas, manis bagi seimbang.. then dh mendidih, ayam pon dh empuk, buleh padamkan api.
11) Celur mee hoon dan taugeh.
12) Fish cake potong kecik2 (utk tabur).
13) Daun sup (yang lain tau, bukan yg dlm sup tu), potong utk di tabur.
14) Bawang goreng – utk ditabur.

15) Ambil ayam dalam sup tu, dan racik2. 
16) Sedia dihidang dan dimakan dengan sambal kicap.

Cara buat sambal kicap.

Ambil seketul bawang putih, bakar. 
Blend kering bersama segenggam cili padi.
Sudah blend, keluarkan dan masukkan secubit garam, 
campur bersama sesudu gula dan kicap kipas udang (merah).

SIAP UNTUK DIMAKAN.
.



Boleh cuba, boleh sebarkan, boleh ajarkan kepada orang lain.
.

Salam takzim,
KakTiny

Tuesday, August 12, 2014

000- Ahlan Wasahlan

Bismillah.

Hari ini mula buat blog baru.

Masa beraya rumah Pak Chaq, sedang asyik buat kuih tart telur, Pak Long 'sound', katanya resepi-resepi tu, bukukan, kongsikan kepada warga HCFC, takut nanti hilang, rugi.

Bila dibukukan, ada juga yang boleh diwarisi.

YA BENAR!

Melihatkan buku resepi mak, sungguh sadis!
Sudah hancur lebur.
Memang perlu kepada usaha untuk 'memelihara dan memulihara' buku resepi tersebut daripada 'hilang' begitu sahaja.

Antara alternatifnya adalah, saya paparkan di sini resepi dan gambarnya - tapi terhad kepada yang telah saya buat (senang sebab ada gambar dan kaedahnya). Atau yang telah dibuat oleh saudara-mara (warga HCFC - harus juga ku tuntut gambar dan resepinya... hahaha).


Baiklah.

Untuk 'intro' hari ini - tiada apa-apa resepi atau menu yang disediakan.
Sekadar 'SALAM PENGENALAN' dan selamat bertamu di DUNIA RESEPI KAKTINY.

AHLAN WA SAHLAN.

"Ya Rabb Yang Maha Pemurah. Apabila tulisan ini menjadi pahala dan usaha ini menjadi kebaikan, mohon hadiahkan kesenangan kepada Allahyarham Hashim Bin Che Mat dan Allahyarhamah Chik Binti Zakaria - arwah kedua wan dan tok yang telah pergi dahulu sebelum kami - yang meninggalkan legasi Hashim-Chik Family Club (HCFC) yang semakin bertambah keahliannya. Juga aku mohon direzekikan pahala dan anugerah yang banyak kepada kedua ibu bapa tercinta, Yahaya bin Marzuki dan Zakiah Binti Hashim yang tidak pernah kurang malah bertambah kasih sayang mereka kepadaku, amanah-Mu kepada mereka. Juga kepada semua yang aku sayang dan yang tulus menyayangiku, ampuni dosa-dosa kami yang terdahulu dan yang akan datang. Ya Allah. Sayangi kai, redai kami. Izinkan kami bangkit dan bersatu kembali dalam syurga firdaus-Mu bersama Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam (selawat ke atas Nabi). Ameen Ya Rabbul 'alamiin".